albistory
BILA AKU BERFIKIR.. malam tidak akan terus pekat. Akhirnya fajar akan menyingsing jua. Ujian tidak akan terus melarat. Ia akan bernoktah juga.
Saturday, November 30, 2013
tiada penghujung ----
Aku menyeberangi lautan feqah, aku sampai ke seberang —aku menyeberangi lautan tauhid, aku sampai ke seberang —aku menyeberangi lautan falsafah, aku sampai ke seberang. Tetapi apabila aku menyeberangi lautan tasawwuf, aku tenggelam dalam lautannya tanpa penghujung!
— Imam Al-Ghazali
Saturday, November 16, 2013
...
Sukar memahami apa yang terkandung di isi hati. Bukan semua manusia memahami. Bukan semua manusia mengerti. Terkadang kita tidak memahami, tetapi kita hanya mampu alami. Fahami, alami, jangan sakiti.
Sunday, November 10, 2013
vortex
Betapa pun,
jiwa yang sering menutur tingkah kuat itu
pasti ada harinya akan longsai tanpa sangsi.
Tangan bergenggam tapak tangan;
“kan kita ada Tuhan, satu tempat pergantungan.”
Thursday, October 17, 2013
TQSM :)
Kita patut berterima kasih pada yang menyakiti --
mereka mengajar sebuah erti.
Erti penghargaan dan kematangan terhadap Tuhan.
Sunday, October 13, 2013
Kembali
Cuba untuk kembali.
Melakar sesuatu di sini.
5 tahun lalu medan ini,
sungguh meriah mewarnai.
Biasalah mana boleh samakan dulu dan kini.
Tetap mengejar destinasi.
Sama saja seperti kalian, bezanya cuma kita berlainan dimensi.
Jatuh bangun berdiri.
Bukan semua orang tahu kisah hidup ini.
Teruskan sisa hidup berbaki.
Teruskan memberi.
Teruskan sebar inspirasi.
Teruskan menulis, jangan berhenti.
Hidup, perjuangan kita menuju Ilahi.
Friday, October 11, 2013
Senyum :)
Hidup tidak akan sentiasa menjanjikan yang indah indah belaka. Hidup juga tidak akan menawarkan kedamaian sentiasa. Hari ini kita okey dan gembira. Hari esok belum belum tentu kita akan okey dan gembira. Menerima sesuatu yang tidak best dan tidak mahu dalam hidup ini adalah sesuatu yang kita perlu. Itulah kehidupan sebenarnya. Terkandung seribu satu rasa dan perasaan yang saling bertelingkah antara satu sama lain. Belajar terima hidup ini seadanya. Dari situ kita akan lebih mengenal akan erti hidup sebenar. Senyum. Rileks. Cool. Sempoi. Tenang. Teruskan hidup!
Saturday, September 14, 2013
Meneliti kehidupan, misterinya bukan senang untuk dirungkai.
Kadang-kadang kita lupa, Allah dah mudahkan jalan beribadah untuk kita. Tapi kita sendiri yang kufur terhadap jalan-jalan yang Allah dah bagi. Mencari kesesuaian jiwa kata kita, padahalnya nak ikut rasa saja.
Semoga tidaklah kita jadi seseorang yang Allah limpahkan kesenangan, tapi dalam masa yang sama, Allah murka pada kita.
:)
Allah Ta'ala akan semakin menambahkan nikmat dari-Nya untuk kita jika kita tidak kedekut untuk beramal kepadanya pula.
Perniagaan kita dengan Allah --
malas dan sedikit usaha kita, maka sedikitlah yang kita dapat.
Senyum :)
.
Dakwah itu bukanlah bererti mengkhabarkan kepada seluruh alam bahawa kitalah yang terbaik. Tapi dakwah itu adalah seperti ajakan atau seruan yang mengatakan, “mari, kita sama-sama keluar dari dalam bilik yang gelap ini ke luar sana yang lebih bercahaya.”
Allah ta'ala mencintai kita semuanya ;)
Thursday, September 12, 2013
Friday, August 16, 2013
Muslimah
Dia gadis biasa.
Dia bukan gadis yang cantik.
Dia tidak sesolehah yang lain.
Dia akui dia tidak sempurna.
Dia bukan seorang Hafizah,
dan seringkali lalai dalam agama.
Dalam tangisannya,
hatinya kuat berkata :
"Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia."
Dia mengesat perlahan pipinya.
Bangkit melangkah laju.
"Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. Tapi aku mahu menjadi hebat di mata Dia."
Tuesday, July 2, 2013
NIQAB dan PURDAH
Bukan sebagai bukti 'akulah solehah'
bukan jua sebagai bukti 'aku lebih baik'.
Andai engkau tidak selesa janganlah memperlekehkan aku dan sahabat2 lain
aku juga manusia biasa,
masih bertatih mentarbiyah diri,
kita merangkak di medan yang sama.
belum tentu kita bangkit,
belum tentu kita rebah.
Biarkan, biarkan saja antara aku dan Allah.
kerana aku masih belum puas,
bercinta bersama Tuhanku di sebalik dakapan lembut hijab itu..
Tuesday, June 18, 2013
Wahyu pertama.
Hira’ menjadi saksi, turunnya
wahyu suci kepadamu,
Nabi
Jibril datang memeluk — kuat
Dari belakang, menyuruhmu baca
berulang-ulang
Dalam gentar, kau menjawab
Ma ana bi qari ”
saya tidak tahu
membaca
Lantas, guru agung pun mula mengajar,
pelajaran pertama yang terpahat
dalam peradaban, manusia dan
segala apa yang berada
di bawah kolong
langit-Nya
Iqra’ bismirabbikalazzii
khalaq”
Dalam resah, kau pulang ke rumah
diselimut Khadijah yang setia,
bijak dan cinta
Sewaktu-waktu, kau tenang dalam
pujukannya, jantung kembali
berdegup seperti sekala, kering
sebentar keringat dan apa
yang gementar
Khadijah menyusul saudara pendita,
bertanya makna peristiwa, khabar
yang dibawa, khabar gembira
buat umat manusia
Muhammad, adalah nabi lagi rasul
Dia yang akhir lagi agung, dia
adalah khatimul
anbia’
Wahyu pertama dari Tuhan,
adalah watikah untukmu,
tuan
Kau adalah utusan Tuhan,
untuk seluruh
alam.
-Abuyon
Thursday, May 30, 2013
Fasobrun jamil
Berurusan di dunia, adakalanya melibatkan dengan ragam manusia yang pelbagai. kadang-kadang tu, Allah uji kesabaran kita hingga pada satu ketika, kita sebenarnya berupaya membalas perbuatan orang lebih dari apa yang dia buat pada diri kita.
Tapi, kalau kita buat benda yang jahat kat orang. Apa beza kita dan orang tu? Bukankah akan jadi sama sahaja sekiranya begitu.
Maka bagi mereka pencinta kesabaran atas hak kebenaran, ayat ini sungguh-sungguh meninggalkan kesan. Terasa seolah-olah Allah sedang memujuk lembut. Lagi lembut dari pujukan seorang ibu yang menenangkan anaknya..
"Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah." - al Mudatssir : 7
Wednesday, May 29, 2013
Permata Kilau
Aku, selalu terfikir;
ibu ayah bagaimana bisa kuat menahan rindu,
pada ramai anak-anak yang jauh,
tidak terlihat di mata, tidak tersentuh oleh tangan,
bagaimana mereka jadikan rindu itu sebuah kekuatan.
Aku, selalu terfikir;
apakah bisa nanti di suatu hari itu,
saat mereka lemah berdiri tak berdaya,
aku bisa dengan rela menjadi tangan dan kaki mereka,
menyuap dan membelai penuh kasih dan makna.
Pasti, pada dirinya aku ini;
aku tidak akan bisa kuat jika kehilangan mereka,
pada dua insan mulia yang banyak berjasa itu,
aku tidak akan sanggup menahan rindu,
tanpa tertumpahkan titisan demi titisan airmata.
Pasti, pada dirinya aku ini;
betapa pun aku cuba mahu berjasa,
seperti mereka memenuhi setiap mahu dan rayuku,
tidak akan mampu aku membalas setiap satu kebaikan,
yang mereka pernah curah tanpa berkira.
Semoga aku ini, anak yang sentiasa mendoakan mereka.
Tuesday, March 12, 2013
Ja.....
Jalan ini sumpah memang panjang.
Terkadang terasa sejuk membeku.
Juga terasa sendiri diseketika waktu.
Tapi waktu terus berjalan.
Jarum jam tidak berhenti berputar.
Siang dan malam juga patuh pada aturan.
Maka kau juga harus tegar, kawan.
Jangan pernah berhenti untuk bertahan.
Jangan pernah berhenti untuk bertahan...
Sunday, March 3, 2013
Rinduuu.
Tiba-tiba,
rindu semasa berada di bangku sekolah dulu,
rindu udara dan aroma surau yang tersendiri itu,
kerana di sana hati bertaut rindu-merindu.
Tiba-tiba,
terkenang karenah bersama kawan-kawan,
meniti perubahan demi perubahan setia bersama,
tarik menarik untuk menjadikan seseorang imam,
juga tolak menolak untuk tidak mahu menjadi imam.
Bukan tidak mahu kebaikan --
tapi kerana tahu tugas imam bukan mudah untuk dilaksanakan.
Tiba-tiba,
terimbau kenangan duduk santai bersama,
bentuknya bulat saling melihat wajah sesama,
saling berkongsi rasa meluah bimbang.
Oh zaman sekolah :)
Friday, March 1, 2013
nyum3
Rasulullah SAW, kalau tidak suka dengan sesuatu makanan, Rasulullah tetap menghormati rezeki di hadapan Baginda dengan tidak mengatakan bahawa, "makanan ni tidak sedap sebab tawar", "makanan ni masin", "makanan ni sangat buruk rasanya!".
Tidak. Akhlak Baginda pada makanan bukan begitu.
Dan saya selalu terpukul dengan akhlak Baginda bila saya 'komplen' tentang makanan yang saya beli, yang tidak menepati rasa lidah.
Fattabio'uni; lepas ni kena lebih didik diri :)
Wednesday, February 27, 2013
Dakwah
Cukuplah.
Dakwah tidak memerluknn kita --
kita sangat memerlukan dakwah;
mungkin saja kita bukan hasil dari pondok tarbiyyah
terhebat --
tapi jangan kau pilih bulu menuju Tuhanmu
kerana kau tidak akan pernah tahu
siapa kelak bersamamu berpimpin bahu.
Ambil semua manusia;
paut lengan-lengan mereka,
siapa tahu mungkin saja nanti
itu menjadi kunci-kunci syurga.
Sunday, February 24, 2013
Thursday, February 21, 2013
Mudah :)
Ulama bincang,
Jika wajah wanita itu cantik, yang wajib menundukkan pandangan ialah lelaki yang terangsang, BUKAN perempuan itu yang diwajibkan MENUTUP WAJAHNYA. (Ada khilaf).
Jika 'belakang' wanita besar, dia terpaksa berjalan agak melenggang-lenggok bukan dibuat-buat, Allah tidak menghukum seseorang itu di luar batas kemampuannya.
Jika lelaki yang lembut sejak kecilnya, sukar diubah, bukan niatnya nak meniru-niru perempuan, dah tentu Islam sangat manusiawi. Islam tidak menghukum seseorang di luar batas kemampuannya.
Jika suara perempuan itu lemah-lembut secara semulajadi, Islam tidak menghukum suaranya aurat, sebaliknya lelaki yang terangsang itulah perlu menjaga hatinya.
Mudah hidup dengan Islam. Manusia selaunya tidak manusiawi, suka sangat menghukum orang lain. Tapi Allah yang menciptakan manusia, maha mengetahui, maha memahami. :)
Tuesday, January 29, 2013
The power of.....
Sebagai manusia biasa, kita tak akan terlepas daripada berfikir akan tujuan sebenar kita dihidupkan didunia.ada yang beranggapan kita hidup adalah kerana perjuangan, perjuangan untuk sebuah kebebasan, untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dan adil.dan aku tidak terlepas dari itu. Dan ideologi setiap dari kita adalah sangat berbeda dan jauh berbeda, kerana itulah wujudnya berbagai kumpulan yang memperjuangankan hak yang berlainan dan yang membedakan asas kepada perjuangan itu adalah teras perjuangan.adakah ia di teraskan oleh sesuatu hak yang batil atau sekadar memenuhi kehendak manusia.jika memenuhi hak manusia, kita sebenarnya tersesat jauh dari perjuangan sebenar.
manusia seperti kita akan terus membentuk sesebuah perjuangan, dari perjuangan untuk diri sendiri kepada lah perjuangan membebaskan bangsa dari penindasan. Hak kepada sebuah perjuangan adalah apabila jiwa kita terasa ditindas, maka terbentuklah perjuangan membebaskan jiwa dan naluri dari segala macam penjajahan.Oleh itu wujudlah perjuangan menuntut sebuah negara merdeka. Namun, sedar atau tidak, kita masih jauh lagi dari kebebasan yang sebenar, apakah itu kebebasan sebenar, iaitu kebebasan untuk berfikir dan mencari jati diri yang sebenar. kita setiap hari dihadapkan dengan bermacam budaya yang menyesatkan, katanya itulah kehidupan yang sebenar, tanpa kita diberi peluang untuk berfikir akan kehendak naluri.itulah manusia dan kita masih lemah, walaupun sebagai anak merdeka.
Aku, sebenarnya lama berfikir akan kehendak naluri aku, apa sebenarnya yang aku kejarkan didunia yang penuh dalam kealpaan. dan sehingga saat ini, aku masih jauh dari realiti. sebenarnya apa yang kita cari.Suatu masa, aku terus dihanyutkan oleh cinta yang aku kejar, yang akhirnya membawa padah kepada diri aku sendiri, itu bukan perjuangan yang sebenar. dan aku semakin sedar. Seterusnya, perjuangan yang bakal ditempuh adalah perjuangan memperbaiki diri, dan aku rasa ini lah perjuangan yang sangat hampir kepada perjuangan sebenar, Dan kesempurnaan yang paling besar dalam sebuah perjuangan itu adalah asas nya.Jika betul asasnya, maka perjuangan kita tidak akan tersilap dan tersasar. Dan bagaimana kita boleh menentukan kebenaran sebuah perjuangan? iaitu dengan kuasa berfikir.
Aku mahu berlari, ke arah sesuatu yang pasti dan tidak kabur, biarpun jalan yang bakal ditempuh jauh lebih perit dari semalam kerana, perjuangan yang sebenar itu lah yang membawa erti kepada hidup.
Aku boleh menulis sebarang yang aku fikir, dengan kuasa berfikir, tapi aku tidak akan mampu untuk menjejak kaki ke arah perjuangan sebenar, kerana tanpa izinNya, kita masih lagi manusia yang lemah.
Subscribe to:
Posts (Atom)