Saturday, November 27, 2010

aku hanya WANITA biasa.

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerananya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..



Kepadamu yang akan memilihku kelak..



Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerananya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu membebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..



Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus membenahi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku terkantuk-kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik pun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang menangis, dan ku tahu kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..



Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..



Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkontrol, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..



Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..



Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..



Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.



Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..



Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah iaitu rasa cintaku padamu..



Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

Thursday, November 25, 2010

Secebis Ingatan Buat Adam

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.

Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.

Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.

Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.

Kau diberi amanah untuk mendidik aku.

Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.

Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.

Dimana perginya keadilanmu?

Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?

Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.

Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.

Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.

Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.

Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.

Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam...

Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.

Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...

Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

Tuesday, November 16, 2010

ILMU BATIN

bila sebut ilmu batin rata-rata kita bayangkan ilmu sifat terbang-terbang,jalan atas air, kena parang tak lut dan sebagainya. nak buat apa semua tu kalau takde ilmu kalis api neraka. ni baru ilmu batin yg sebenar dan dijamin oleh kerajaan (bkn kerajaan malaysia tapi kerajaan Tuhan). makna kata kalau korang boleh master ilmu batin ni korang memang boleh terbang (kat syurga nanti laa). tak nak belajar pun takpe itu kalau korang dah memang "natural born" wali laa..DO YOU??

BATIN LEMAH:
ni bukan sebab tak pekena tongkat ali atau misai kucing sebagainya tau! lemah batin nie sebab kita tak bagi dia makanan yg secukupnya.kalau zahir kita perlukan makanan,zat,vitamin, siap ada supplement lagi tapi kenapa batin kita tak bagi makan? batin kita perlu ilmu,perlu amal,pastu perlu istiqamah, kena bagi makan selalu laa. bukan setahun sekali. cuba korang makan nasi setahun sekali, tak cekeding jadinya?

BATIN TERSEKSA:
kita ni selalu menyiksa batin kita sendiri tanpa kita sedari. dah la makanannya jarang nak diberi, seksa pulak dengan perbuatan tak senonoh macam mengumpat, mengata, hasad dengki dan etc. orang lain dapat nikmat kita tak pasal-pasal sakit hati. tak ke menyiksa dri sendiri namanya tu?

BATIN BERPENYAKIT:
kalau pening, demam kita laju je cari ubat tapi penyakit batin takde siapa yang ambil kisah.jangan pulak pergi jumpa tok batin, tu nak bagi lagi punah. masalahnya penyakit batin ni boleh berjangkit, tak cukup hati dia sakit,dia jaja pulak fitnah dan tohmah bagi pakat ramai-ramai sakit sekali.

MAAF ZAHIR BATIN;
ni time raya mmg popular la tapi kat mulut aje, dalam hati cam gitu juga. masih ada lagi benci membenci, PhD dan doktor falsafah.apa salahnya tiap kali kita nak tidur atau mati sementara dan mungkin juga selama-lamanya kita maafkan semua orang. fadhilatnya selain dpt pahala, dapat hilangkan sakit jiwa,sakit mental,mungkin juga sakit fizikal (takde nak migrain dah).

BATIN POWER RANGERS:
nak mem'power'kan batin kena la cari ilmu. bukan ilmu gaduh atau gasak tapi ilmu tauhid, ilmu mengenal Tuhan yang paling power. tak kira apa power yg korang ada, korang tengok orang ada atau korang fikir ada kat dunia ni semuanya datang dari dan milik DIA. dah tu tak reti-reti nak jadi insan yang merendah diri pada DIA? korang ingat "power rangers" tu terer ke kalau nak dibandingkan dengan Allah?sesunggunya Allah maha kuasa..THINK!~

p/s: renungan bersama.. blink2 ;))

Sunday, November 14, 2010

CCTV

ZAMAN SEKARANG SEMUA TEMPAT ADA CCTV.ELOK LE TU...UNTUK KESELAMATAN. ORANG NAK BUAT TAK SENONOH PUN TAKUT SIKIT. MALANGNYA KITA MANUSIA TAK SEDAR YANG KITA SENANTIASA DIPERHATIKAN TAK KIRA MASA DAN KAT MANA KITA BERADA. 24-7! (DOPLOPAT JAM SEMINGGU LEE

PLAYBACK:
nanti bila korang dah nyawa-nyawa ikan dah nak jalan akan ada satu sesi tayangan perdana.Apa benda yang korang buat kat atas dunia ni akan di-flashbackkan untuk tontonan korang.kalau ceritanya elok maka korang senyum sensorang,kalau ceritanya seram,horror,huru-hara.. masa tu sendiri mau ingat laa. oleh itu kat atas dunia ni buat perangai elok-elok sikit. ingat dlm TV je ade realiti sh0w? korang sekarang pun tengah dlm pembikinan reality show korang sendiri. jangan sampai kat sana nanti kena "you're Fired!" ni bukan small-small punya fire brader, hell fire!!!

PAK GUARD MALAIKAT:
ni bukan pak guard Nepal yang tak reti bahasa ,diorang ni kerja tak kira masa. korang pegi mana pun diorang ikut. nama dia Raqib dan Atid... sorang kiri sorang kanan. dari sekecik-kecik perbuatan sampai ke sebesar-besarnya, semua diorang rekod. takde benda yang diorang tak catit.nanti kat sana korang tengok le sendiri buku catitan tu, kalau dapat tangan kanan selamat kalau dapat tangan kiri naye.

LINE CLEAR:
kita bila nak buat jahat aje gerenti survey tengok line clear dulu, takut ada orang nampak, takut kantoi. korang sedar tak yang Tuhan senantiasa melihat apa yang korang buat? apa yang korang terniat dlm hati pun DIA tahu, tau tak?! mana ada istilah line clear. korang sememangnya sentiasa kantoi. jangan perasanla korang boleh nyorok dari dilihat Tuhan. problemnya korang tak takut Tuhan, korang takut pak guard, polis ,cikgu disiplin, mak bapak korang. pak mentua dan sebagainya. kat dunia korang boleh le lepas. kat SANA nanti siap la menjawab.

DELETE:
korang kalau sedar cepat, insaf, nak tobat tapi risau banyak sangat rakaman tak senonoh korang sebelum-sebelum ni cemana nak delete, jangan le risau.DIA kan suka orang bertaubat, baliklah ke pangkal jalan, taubatlah bersungguh-sungguh. sangka baikla pada Tuhan, jangan putus asa walau dosa korang setinggi gunung dan sedalam lautan. untung-untung semua yang tak elok tu dideletekan dari rekod korang walaupun orang ramai masih ingat perbuatan jahat korang sampai korang mati,walau korang dah mintak maaf kat diorang.yang penting korang dah taubat dan Tuhan dah redha kat korang. wallahu'alam.. sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani.

p/s renungan bersama.. blink2!! :))

Sunday, November 7, 2010

7eleven genap suda 18 thn umurku..

SELAMAT HARI LAHIR..

Pada waktu-waktunya
kita tidak pernah mengerti
pada lilin yang menyala
dengan hayat
dengan budi.

kadang-kadang
kita tidak pernah sedar
sewaktu berada di taman yang maha luas
dengan kembang seribu warna
bahawa kita sering berjalan
ke pintu nostalgia
yang nanti akan melontarkan kita
dengan kerasnya
ke hari silam yang tak terjangkau

akhirnya kita pun tahu
bila sesekali
ada percikan ombak jatuh di laman
bahawa inilah petanda
kita akan dewasa.