Monday, November 19, 2012

sujudku.

Sujudku menguatkan aku. Kerana kutahu setiap kali dahiku menyentuh sejadah, Allah mendengar setiap rintihan hatiku. Allah mengerti pedih di kalbuku. Allah juga tahu bahawa aku masih punya kekuatan untuk bangkit dan meneruskan langkah. Ya Rabb.. Inginku berteleku panjang dalam sujud ini.. Inginku luahkan segala rasa yang berlagu di pelusuk hati, hanya kepada-Mu Tuhan pemilik segala sanubari.. Please don’t expect me to always be good and kind and loving. There are times when I will be cold and thoughtless and hard to understand.

Sunday, November 18, 2012

Cinta High class? (:

Cintamu mendaulatkan Allah nombor SATU, Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu, Cintamu bermujahadah menahan nafsu. “Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi). ‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’