BILA AKU BERFIKIR.. malam tidak akan terus pekat. Akhirnya fajar akan menyingsing jua. Ujian tidak akan terus melarat. Ia akan bernoktah juga.
Thursday, May 30, 2013
Fasobrun jamil
Berurusan di dunia, adakalanya melibatkan dengan ragam manusia yang pelbagai. kadang-kadang tu, Allah uji kesabaran kita hingga pada satu ketika, kita sebenarnya berupaya membalas perbuatan orang lebih dari apa yang dia buat pada diri kita.
Tapi, kalau kita buat benda yang jahat kat orang. Apa beza kita dan orang tu? Bukankah akan jadi sama sahaja sekiranya begitu.
Maka bagi mereka pencinta kesabaran atas hak kebenaran, ayat ini sungguh-sungguh meninggalkan kesan. Terasa seolah-olah Allah sedang memujuk lembut. Lagi lembut dari pujukan seorang ibu yang menenangkan anaknya..
"Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah." - al Mudatssir : 7
Wednesday, May 29, 2013
Permata Kilau
Aku, selalu terfikir;
ibu ayah bagaimana bisa kuat menahan rindu,
pada ramai anak-anak yang jauh,
tidak terlihat di mata, tidak tersentuh oleh tangan,
bagaimana mereka jadikan rindu itu sebuah kekuatan.
Aku, selalu terfikir;
apakah bisa nanti di suatu hari itu,
saat mereka lemah berdiri tak berdaya,
aku bisa dengan rela menjadi tangan dan kaki mereka,
menyuap dan membelai penuh kasih dan makna.
Pasti, pada dirinya aku ini;
aku tidak akan bisa kuat jika kehilangan mereka,
pada dua insan mulia yang banyak berjasa itu,
aku tidak akan sanggup menahan rindu,
tanpa tertumpahkan titisan demi titisan airmata.
Pasti, pada dirinya aku ini;
betapa pun aku cuba mahu berjasa,
seperti mereka memenuhi setiap mahu dan rayuku,
tidak akan mampu aku membalas setiap satu kebaikan,
yang mereka pernah curah tanpa berkira.
Semoga aku ini, anak yang sentiasa mendoakan mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)