bismillahirrahmannirrahim.
Manusia senang pada manusia lain yang pemurah.
Saya sendiri boleh jadi cinta kepada orang yang pemurah. Yang tidak lokek menghulurkan bantuan dan memberikan apa yang dia ada.
Saya pasti, anda juga begitu. Hakikatnya memang manusia sangat suka kepada orang yang pemurah. Sebagai contoh, kalau sahabat atau kawan kita pemurah, kita senang dengan dia. Kalau saudara-mara kita yang pemurah, kita akan terlebih sayang dan selalu memberikan pujian kepadanya. Kalau ada seseorang hartawan yang pemurah, yang suka menolong faqir miskin, kita bukan saja boleh hormat dan pandang tinggi padanya, kita menjadi sayang, malahan! Apatah lagi kalau yang menerima bantuan itu adalah kita sendiri, pasti terasa berhutang budi yang amat.
Pssst! ALLAh itu Maha Pemurah! Anda tidak jatuh sayang dan cinta?
Maha Pemurahnya ALLAh, Tidak Berkira
Selalu kita tertumpu pada sifat manusia yang kadang kala ada tenggelam timbulnya. Sedangkan kita selalu terleka untuk berterima kasih dan mensyukuri atas nikmat daripada sifat ALLAh Ta’ala, iaitu Maha Pemurah kepada hamba-hambaNya.
Pemurahnya ALLAh tiada siapa yang dapat tandingi.
Adakalanya, manusia sangat berkira untuk memberikan apa yang dia ada terhadap orang yang mungkin dibencinya. Justeru, pemberian itu hanya diberikan kepada orang yang dia inginkan dan dia senangi dengan membiarkan orang yang dibencinya tidak mendapat apa-apa daripadanya.
Tetapi sifat ALLAh Yang Maha Pemurah tidak begitu. ALLAh langsung tidak berkira. Bayangkan kita yang dengan dosa menggunung tinggi ini, apabila ALLAh murka dan membiarkan kita tanpa diberikan nikmat hidup; udara, penglihatan dan pendengaran. Maka akan jadi bagaimanakah hidup ini nanti?
Rasanya tidak perlu melihat kepada orang lain. Cukuplah dengan melihat dan meneliti diri sendiri. Hamba yang macam manakah kita ini?
Setiap hari, ada sahaja dosa yang dilakukan. Ibadah tunggang langgang. Solat yang tidak khusyuk itu juga merupakan satu kesalahan. Kadang-kadang semasa solat pun, dada sahaja menghadap kiblat, tapi fikiran terbang entah ke mana. Ada yang hatinya ketika menghadap Tuhan masih tertinggal di dunia; memikirkan masalah pekerjaan, fikirkan masalah ukhuwah dengan sahabat, memikirkan tentang orang yang disukai dalam diam, memikirkan tentang namanya dibibir manusia.
Sejujurnya, nampak jelik bukan?
Seolah-olah kita mempermainkan temu janji kita dengan ALLAh Ta’ala!
Kalau ALLAh Ta’ala menetapkan, boleh jadi ALLAh menurunkan balanya kepada manusia pada bila-bila masa. Tapi lihatlah keadaan diri anda sendiri, ALLAh masih terus memberi nikmat yang tidak terhitung, malahan! Buktinya, ALLAh masih memberi nikmat kehidupan ini kepada anda dengan adanya deria pendengaran dan pancaindera.
Kita ini ibarat memberikan racun! Tapi ALLAh balas dengan madu.
Maka, setinggi mana pandangan dan sanjungan anda sekarang terhadap manusia berbanding dengan ALLAh Ta’ala yang tidak pernah berkira dengan semua hamba-Nya?
Pemurahnya ALLAh Memberi Nikmat Keampunan
Semua makhluk yang ada di muka bumi ini adalah ciptaan dan hamba ALLAh SWT. Hamba-hambaNya yang bernama manusia itu ada yang taat akan perintahnya. Juga ada yang ingkar dan tidak beriman kepada-Nya. Kerana sifat pemurah ALLAh inilah mereka yang tidak beriman masih diberikan kenikmatan hidup. Selagi masih ada hayatnya, selagi itu peluang ALLAh masih dibuka kepada sesiapa yang mahu kembali kepada-Nya. Tapi alangkah sedihnya, ramai manusia melupakan Dia!
Mari sama-sama menghisab diri. Hidup ini, walaupun sedang dan pernah melakukan kemungkaran, ALLAh masih membenarkan kita merasai nikmat hidup. Kalau ALLAh mahu, boleh saja ALLAh matikan kita dalam keadaan semasa melakukan kemungkaran tersebut. Astaghfirullah~
ALLAh masih memberi peluang mendengar laungan-laungan dakwah kepada anda. ALLAh masih memberi peluang dengan menjentik hati anda melakukan perubahan demi kebaikan diri sendiri. ALLAh masih memberi penglihatan yang boleh dipakai untuk menghayati kebesaran-Nya pada ciptaan-Nya!
Bayangkan, adakah manusia yang akan tidak jemu memberikan kebaikan melalui sifat pemurahnya itu kepada manusia yang memfitnahnya, yang menikamnya dari belakang, yang tidak menghargai pemberiannya, yang meludah wajahnya bukan sekali dua? Adakah? Tiada kan? Kalau ada, mungkin kita menjadi geram sendiri!
Janji ALLAh Ta’ala, sebanyak dan sebesar mana pun dosa hamba-Nya, Dia sedia mengampunkan kesemua kesalahan hamba-Nya. Dengan syarat, hamba-Nya itu memohon keampunan dan bertaubat bersungguh-sungguh serta meninggalkan perbuatan yang menimbulkan dosa tersebut.
Duh! Saya menjadi malu sendiri bila memikirkan ini.
Tepuk Dada, Ketuk Minda, Tanya Diri Sendiri
Jika seorang manusia pemurah anda boleh sanjung-sanjung, hormati dan kasihi. Jadi mengapa kepada ALLAh Ta’ala kita sering lalai dan lupa? Bukankah sepatutnya sanjungan, cinta dan sayang anda itu beratus kali ganda daripada rasa sanjung kepada manusia.
Kerana manusia pemurah yang anda sanjung itu juga adalah ciptaan ALLAh. Jadi, tiadakah timbul perasaan malu kasih kepada hamba-Nya, tapi tidak kepada Tuannya? *dush*
Pemberian ALLAh Ta’ala tidak tenggelam timbul sepertimana pemberian manusia. Bukan sekali dua, juga tidak berkala. Pemberian-Nya setiap hari dalam kehidupan kita. Jika kita sudah hidup di muka bumi ini selama 21 tahun, bermakna setiap hari dalam masa 21 tahun itu kita mendapat pemberian nikmat daripada Tuan Yang Sangat Pemurah.
Mahu membalas jasa-Nya? Mustahil! Sangat. Titik!
Tapi apa yang ALLAh mahukan hanyalah manusia itu mengaku dengan kerendahan hati dan diri sebagai hamba-Nya. Mentaati segala perintah dan larangan-Nya.
Pun begitu, semua itu adalah untuk rahmat kebaikan manusia itu sendiri!
MashaAllah! Tabaarakallah~
Sangat hina kita manusia ini, di sisi-Nya!
Semoga ALLAh merahmati.
BILA AKU BERFIKIR.. malam tidak akan terus pekat. Akhirnya fajar akan menyingsing jua. Ujian tidak akan terus melarat. Ia akan bernoktah juga.
Saturday, July 16, 2011
Thursday, June 23, 2011
Alangkah bahagianya..
Alangkah bahagianya
sekiranya degupan jantung, keluar masuk nafas , kerdipan mata ini
dalam ingatan kepada Allah swt….
Tidaklah diri menjadi hidup yang sia-sia…
Namun…….
Diri ini tetap lalai dan leka
Dengan hiburan Makhluk
Diri ini tetap terpedaya
Dengan permainan Dunia
Diri ini tetap tertipu
Dengan keinginan Nafsu
Diri ini tetap terpengaruh
Dengan gurauan Syaitan
Alangkah ruginya
Alangkah butanya
Alangkah pekaknya
Alangkah terkelirunya dirimu ini…
Ketahuilah...
Rasul Allah saw telah menunjukkan jalan
Sahabat dan tabi’I dan tabi’in telah membentangkan jalan
Ulama’ dan guru-guru telah mengajar dan memimpin…
Kenapa diri ini masih mengikuti rentak Makhluk, Dunia, Nafsu dan Syaitan?
Adakah kelemahan diri ini?
Ya benar! Dirimu memang benar dalam kelemahan…
Kamu diperkuatkan dan kamu diperkehendakkan..
Perbuatan kamu adalah datang dari yang mencipta dirimu
Tetapi dirimu diberi pilihan oleh Tuhanmu
Pilihanmu itu dalam Qudrat dan Iradah Tuhanmu
Berdoalah kamu, muhasabahkanlah dirimu,
Berhajatlah kamu kepada-Nya yang ISTAGHNA (KEKAYAAN Allah)
Kerana wajib dirimu tahu bahawa kamu bersifat IFTIQAR ( berhajat, berkehendak sekalian makhluk kepada Allah)
Mudah-mudahan dengan karamah para ulama dan guru-guru serta para auliya
Dan berkat Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Pilihan diri ini di atas kehendak dan redha-MU. Amin.
sekiranya degupan jantung, keluar masuk nafas , kerdipan mata ini
dalam ingatan kepada Allah swt….
Tidaklah diri menjadi hidup yang sia-sia…
Namun…….
Diri ini tetap lalai dan leka
Dengan hiburan Makhluk
Diri ini tetap terpedaya
Dengan permainan Dunia
Diri ini tetap tertipu
Dengan keinginan Nafsu
Diri ini tetap terpengaruh
Dengan gurauan Syaitan
Alangkah ruginya
Alangkah butanya
Alangkah pekaknya
Alangkah terkelirunya dirimu ini…
Ketahuilah...
Rasul Allah saw telah menunjukkan jalan
Sahabat dan tabi’I dan tabi’in telah membentangkan jalan
Ulama’ dan guru-guru telah mengajar dan memimpin…
Kenapa diri ini masih mengikuti rentak Makhluk, Dunia, Nafsu dan Syaitan?
Adakah kelemahan diri ini?
Ya benar! Dirimu memang benar dalam kelemahan…
Kamu diperkuatkan dan kamu diperkehendakkan..
Perbuatan kamu adalah datang dari yang mencipta dirimu
Tetapi dirimu diberi pilihan oleh Tuhanmu
Pilihanmu itu dalam Qudrat dan Iradah Tuhanmu
Berdoalah kamu, muhasabahkanlah dirimu,
Berhajatlah kamu kepada-Nya yang ISTAGHNA (KEKAYAAN Allah)
Kerana wajib dirimu tahu bahawa kamu bersifat IFTIQAR ( berhajat, berkehendak sekalian makhluk kepada Allah)
Mudah-mudahan dengan karamah para ulama dan guru-guru serta para auliya
Dan berkat Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Pilihan diri ini di atas kehendak dan redha-MU. Amin.
Monday, June 13, 2011
ukhwah.
miss our moment
abg bobss ;)
mereka,mereka, dan mereka.
kefli & abg li <3
"Ukhuwah ialah hati dan jiwa terikat dengan ikatan aqidah. Aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ukhuwah adalah sudara iman, sementara perpecahan pula adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan perpaduan dan tidak ada perpaduan tanpa kasih sayang yang paling rendah adalah kesejahteraan jiwa terhadap saudara seislam dan darjat yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain dari diri sendiri". -As-Syahid Hassan Al-Banna-
Saturday, June 11, 2011
Ask yourself! why you want to GET MARRIED? Ayuh Perbetulkan niat!!
Doa yang diajar Baginda Rasulullah s.a.w. agar pengantin mendapat kebaikan dan kebahagiaan di dunia, generasi demi generasi, dan di akhirat lagi diberkati Allah.
“Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair“
“Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan.”
Doa ni saya jumpa dalam blog seorang ukhti, under topic ‘Perkahwinan Berasaskan Ibadah Jamin Kebahagiaan’.
And there are some other interesting points that I should highlight here.
· Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
· Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
· Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
· Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir. (or in other word, berpisah bila tak mampu melahirkan zuriat)
· Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
· Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
· Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. (The BEST, it will be the marriage become more HAPPINESS, InsyaALLAH, Biiznillah, sebabnya bila kita Kahwin kerana IBADAH, ia mnyuluruh, Kenapa kita mndirikan Baitul Muslim pun kita sntiasa ingat insyaALLAH! sweet tu! :)
And a little bit about marriage that as a muslim we should know..
Hadis pertama yang dipilih oleh Imam Nawawi dalam koleksi Hadis 40 ialah:
” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ‘ Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.’
So ask yourself rite now, why you want to get married??
Sabda Rasulullah s.a.w. “Orang mengahwini wanita kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, carilah wanita yang mempunyai agama (kerana kalau tidak) binasalah dua tanganmu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.24:26
Bagaimana kita akan mendapat pasangan sebaik Saidatina Khadijah jika diri tak sehebat Rasulullah. Dan bagaimana kita akan mendapat pasangan sebaik Siti Fatimah jika diri tidak sebaik Saidina Ali.
So, jika ingin mendapat jodoh yang baik, perbaiki diri dahulu (pesanan untuk diri sendiri terutamanya) sebelum kita sibuk menilai orang lain. And jangan lupa untuk berdoa pada Allah supaya dijodohkan dengan pasangan yang terbaik untuk diri kita.
“… Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” 2:216
*Ayat ni lah yang sentisa mendampingi dihati ana tatlkala ana berasa kekeliruan di hati, sekali gus mmberi keyakinan pada diri supaya Rancangan ALLAH itu adalah yang TERBAIK!
“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa” 25:74
rasanya itu ja, ia nya sebagai peringatan dah perkongsian untuk semua dan juga diri ini, ayuh kita bermuhasabah kembali! :) Islam Itu INDAH! Rasailah! <3
Wallahua'lam..
erti sebuah pengorbanan.
Betapa manisnya sebuah pengorbanan
yang menjadikan aku lebih memahami
makna gelak tangis yang mengisi ruang bacaku
mengusik dalam kesibukan mengulangkaji
di celah rujukan dan nyanyian cengkerik malam
Betapa indahnya sebuah pengorbanan
yang mencipta rimbunan mesra
di ruang dan luang telaah
menjadi tiang seri yang gagah
di kala jiwaku lelah
menjadi sutera halus
menyapu air mata kecewa
maka menjadikan aku lebih tabah
dan siaga
mengatur tapak dan jejak
demi satu perjuangan
menuju kemuncak gading
berkubah cita.
salam mujahadah-bbymilooo-
bersediakah aku untk si dia..
BERSEDIAKAH AKU UNTUK SI DIA...
-adakah aku sudah bersedia untuk melayani seorang suami?
-adakah aku sudah bersedia untuk mentaati seorang suami?
-adakah aku sudah bersedia untuk bekorban demi seorang suami?
-adakah aku sudah bersedia untuk berkongsi perasaan, harta dan kehidupan dengan seorang suami?
-adakah aku bersedia untuk mendahulukan keinginan suami melebihi diri sendiri dan keluarga sendiri?
-adakah aku bersedia untuk memaafkan dan bertolak ansur dengan seorang suami yang cuma manusia biasa, yang sering melakukan kesilapan?
-adakah aku bersedia untuk mendahulukan ibu mertuanya melebihi ibunya sendiri?
-adakah aku bersedia mengasihi ibu mertuanya dan sanggup bekorban demi beliau?
-adakah aku bersedia untuk menerima semua ahli keluarga suaminya yang tidak sempurna dan bersedia untuk bersabar serta bertolak ansur?
-adakah aku bersedia untuk mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran dan kesakitan?
-adakah aku bersedia untuk mendidik anak-anak dengan penghayatan Islam?
-adakah aku bersedia untuk mengorbankan kerjaya yang dicintai dan kedudukan yang dicintai sekiranya suaminya meminta dia berbuat demikian?
-adakah aku bersedia untuk mengorbankan kerjaya yang dicintai dan kedudukan yang dicintai sekiranya anaknya lebih memerlukan perhatian?
jawapannya... =.=
mendidik hati dgn mengingati ALLAH
Jiwa. Kalbu atau hati. Sama.
Kalbu, jiwa atau hati merupakan suatu unsur atau juzuk yang sudah tersedia dalam diri setiap manusia, yang dimana kedudukan dan penjagaan terhadapnya begitu penting sekali bagi sekalian manusia. Jika baik ia, maka baiklah seluruh anggota seperti yang Nabi SAW pernah sabdakan. Jika rosak ia, rosaklah anggota badan dan kehidupan.
Jika jiwa sudah rosak, dapat lagikah dengan tenang ingat pada ALLAh Ta’ala?
Hidup ini, tidak boleh tidak ingat kepada Tuan Punya Dunia. Dari ingatan itulah datangnya ingatan dan ketenangan yang dianugerahkan oleh-Nya. Betul? Dan tidak dinafikan, adakalanya ada langkah yang kita lakukan, masa itu langsung tidak diniatkan kepada ALLAh Ta’ala akibat kelalaian menjaga niat dan jiwa.
Melangkah Tanpa Jiwa Yang Baik
Hati atau jiwa mempunyai peranan yang penting, ia menentukan baik atau rosaknya diri seseorang itu. Hakikatnya, hati itu sangat sensitif. Sangat mudah berubah-ubah, mudah bergoncang, mudah turun dan naik, mudah terluka, mudah kena penyakit, mudah rosak dan mudah pula baiknya.
Pendek kata, hati senang berbolak-balik!
Ada hari, kita hanya akan ingat kepada ALLAh Ta’ala hanya pada waktu kita berdiri solat (mohon dijauhkan ya Rahman) dek kerana tumpuan kita dicuri oleh mainan dunia. Akibatnya, badan di masjid, dada menghadap kiblat, jasad melakukan gerakan solat, tapi hati pula melencong ke tempat lain atau dalam erti kata lain, tertinggal di dunia.
Solat yang menjadi salah satu penenang jiwa kerana menghadap Tuan Punya Dunia, akhirnya tidak tenang. Malah bertambah resah pula. MashaAllah.
“Maka celakalah orang yang solat. Iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya.” – al Maa’un : 4-5
Na’udzubillahimindzalik.
Kadang-kadang, dalam membuat sesuatu kebaikan pun, apabila perbuatan itu tidak kerana ALLAh Ta’ala, maka rasa riyak pula mengambil peranan dan menguasai jiwa. Akibatnya hanya membuahkan dosa dan murka ALLAh. Amal kebaikan ditelan oleh dosa!
Paksikan Semuanya Kerana ALLAh
Bagaimana mendidik jiwa untuk sentiasa mengingati-Nya? Nampak macam susah aja?
Memanglah.
Sama macam hal belajar juga. Dalam menelaah pelajaran, perlu mujahadah. Paksa diri sehingga betul-betul mampu untuk menghadam apa yang dipelajari dan dipraktikkan dalam kehidupan seterusnya boleh disebarkan. Satu hal lagi, mengikhlaskan diri belajar semata-mata kerana ALLAh Ta’ala juga memerlukan mujahadah. Susah. Terasa sangat susah. Kadang-kadang perasaan mahu mendidik untuk ikhlas kerana ALLAh dengan keterpaksaan belajar itu saling tarik-menarik antara satu sama lain.
Pada masa itulah kita harus memperhalusi keadaan itu.
Dengan selalu memperbtulkan niat, dan berzikir. Ingat pada-Nya.
“Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lengah.” – al A’araf : 205
Lidah dan jiwa yang selalu dibasahi dengan zikir inshaAllah akan memancarkan aura kepada seluruh anggota untuk melakukan kebaikan. Dan zikir itu akan menjadi pengingat/peringatan kepada empunya badan apabila terasa melakukan sesuatu yang tidak terletak pada tempatnya. Semua itu dengan izin ALLAh Ta’ala!
Menyedari hakikat diri yang hanya merupakan seorang hamba kepada 1 Rabb, ALLAh ‘Azza wa Jalla. Seharusnya menimbulkan rasa kekerdilan yang amat sehingga pada satu saat, terasa mahu menyorokkan wajah, malu berhadapan dengan ALLAh Ta’ala akibat dosa-dosa yang pernah dilakukan.
MashaAllah. Tabarakallah~
Peringatan buat diri saya terutamanya.
Semoga ALLAh merahmati.
cinta ilahi.
Kalbu, jiwa atau hati merupakan suatu unsur atau juzuk yang sudah tersedia dalam diri setiap manusia, yang dimana kedudukan dan penjagaan terhadapnya begitu penting sekali bagi sekalian manusia. Jika baik ia, maka baiklah seluruh anggota seperti yang Nabi SAW pernah sabdakan. Jika rosak ia, rosaklah anggota badan dan kehidupan.
Jika jiwa sudah rosak, dapat lagikah dengan tenang ingat pada ALLAh Ta’ala?
Hidup ini, tidak boleh tidak ingat kepada Tuan Punya Dunia. Dari ingatan itulah datangnya ingatan dan ketenangan yang dianugerahkan oleh-Nya. Betul? Dan tidak dinafikan, adakalanya ada langkah yang kita lakukan, masa itu langsung tidak diniatkan kepada ALLAh Ta’ala akibat kelalaian menjaga niat dan jiwa.
Melangkah Tanpa Jiwa Yang Baik
Hati atau jiwa mempunyai peranan yang penting, ia menentukan baik atau rosaknya diri seseorang itu. Hakikatnya, hati itu sangat sensitif. Sangat mudah berubah-ubah, mudah bergoncang, mudah turun dan naik, mudah terluka, mudah kena penyakit, mudah rosak dan mudah pula baiknya.
Pendek kata, hati senang berbolak-balik!
Ada hari, kita hanya akan ingat kepada ALLAh Ta’ala hanya pada waktu kita berdiri solat (mohon dijauhkan ya Rahman) dek kerana tumpuan kita dicuri oleh mainan dunia. Akibatnya, badan di masjid, dada menghadap kiblat, jasad melakukan gerakan solat, tapi hati pula melencong ke tempat lain atau dalam erti kata lain, tertinggal di dunia.
Solat yang menjadi salah satu penenang jiwa kerana menghadap Tuan Punya Dunia, akhirnya tidak tenang. Malah bertambah resah pula. MashaAllah.
“Maka celakalah orang yang solat. Iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya.” – al Maa’un : 4-5
Na’udzubillahimindzalik.
Kadang-kadang, dalam membuat sesuatu kebaikan pun, apabila perbuatan itu tidak kerana ALLAh Ta’ala, maka rasa riyak pula mengambil peranan dan menguasai jiwa. Akibatnya hanya membuahkan dosa dan murka ALLAh. Amal kebaikan ditelan oleh dosa!
Paksikan Semuanya Kerana ALLAh
Bagaimana mendidik jiwa untuk sentiasa mengingati-Nya? Nampak macam susah aja?
Memanglah.
Sama macam hal belajar juga. Dalam menelaah pelajaran, perlu mujahadah. Paksa diri sehingga betul-betul mampu untuk menghadam apa yang dipelajari dan dipraktikkan dalam kehidupan seterusnya boleh disebarkan. Satu hal lagi, mengikhlaskan diri belajar semata-mata kerana ALLAh Ta’ala juga memerlukan mujahadah. Susah. Terasa sangat susah. Kadang-kadang perasaan mahu mendidik untuk ikhlas kerana ALLAh dengan keterpaksaan belajar itu saling tarik-menarik antara satu sama lain.
Pada masa itulah kita harus memperhalusi keadaan itu.
Dengan selalu memperbtulkan niat, dan berzikir. Ingat pada-Nya.
“Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lengah.” – al A’araf : 205
Lidah dan jiwa yang selalu dibasahi dengan zikir inshaAllah akan memancarkan aura kepada seluruh anggota untuk melakukan kebaikan. Dan zikir itu akan menjadi pengingat/peringatan kepada empunya badan apabila terasa melakukan sesuatu yang tidak terletak pada tempatnya. Semua itu dengan izin ALLAh Ta’ala!
Menyedari hakikat diri yang hanya merupakan seorang hamba kepada 1 Rabb, ALLAh ‘Azza wa Jalla. Seharusnya menimbulkan rasa kekerdilan yang amat sehingga pada satu saat, terasa mahu menyorokkan wajah, malu berhadapan dengan ALLAh Ta’ala akibat dosa-dosa yang pernah dilakukan.
MashaAllah. Tabarakallah~
Peringatan buat diri saya terutamanya.
Semoga ALLAh merahmati.
cinta ilahi.
Friday, January 21, 2011
cara lelaki menipu awek awek, awas dengan lelaki yang suka menipu ye :)
Ini cerita panas ! Macamana nak tahu ye kalau lelaki tu suka menipu ! Bagaimana caranya orang lelaki ni menipu ? Ternyata mereka memang lagi ekstra licik dari perempuan. 9 akal, 1 nafsu. Ingat tu...! Licik memang licik, aku memang tak suka lelaki licik macam ni boleh blah ! Cakap lebat, tapi cirit kuat !
Ketahui Cara Bagaimana Lelaki Kaki Tipu Menipu Perempuan :
* Dia akan pastikan apa yang dia sampaikan dekat seseorang tu betul, sahih, tiada yang lebih betul dari apa yang dia sampaikan.
* Dia akan pastikan segala galanya perfect, tak kantoi, kalau kantoi pun dah siap ada back up awal-awal.
* Kalau dia terkantoi gak, dia dah siapkan speech yang panjang lebar dan akan membentangkan hujah hujah dan bukti buktinya yang konon kononnya macam betul tapi tipu semata-mata.
* Dia rela bersumpah dengan nama nama tuhan, mak bapak, nama tok nenek, nama jiran belakang rumah , nama raja dan dewa dewi semata mata untuk tegakkan benang dia yang basah.
* Dia akan salahkan orang lain bila dia dah terkantoi menipu. Secara tiba tiba dia kata, ooh ni semua si minah tu punya pasal laaa, and bla bla blaaa. Titibe kes penipuan tu nak dicover dengan melemparkan tuduhan ke atas orang lain.
* Kalau dia memang dah sah terkantoi mati mati terkantoi ? Hahaha lastly dia akan buat ayat macam ni " Takpelah kalau awak tak nak percaya dekat saya, saya dah tak boleh nak buat awak percaya pada saya, semua terpulang pada awak"
Ok, aku ade beberapa kenyataan dan mitos berkenaan dengan kejujuran pasangan yang aku jumpe kat website... Ini bagi orang yang dah ade pasangan masing-masing la k...korang renung renung kan lah ...
* Mitos 1 - Selagi bersikap baik jujur dan memberikan layanan secukupnya kepada si pasangan, dia tidak akan berlaku curang.
* Kenyataan - Kecurangan tetap berlaku walaupun segala yang diberi telah cukup sempurna.
* Mitos 2 - Hidup berpasangan termasuk berumah tangga menjadikan kita insan yang lebih luas dan sempurna.
* Kenyataan - Banyak orang yang kekal berserabut dan tidak terurus selepas mempunyai pasangan.
Amacam geng ! Ahahaha ade yang terasa makan cili pedas meletup letup tak ? hahaha, relek la wahai lelaki, bukan lelaki je hebat menipu...perempuan pun 18 kali seratus...tapi yang lebih licik ni selalunya kaum lelaki laa hahaha. Kalau perempuan menipu cepat je kantoi beb. hahaha ! Apa pendapat anda ! ? Chow !
*for guys=jgn mara aku.ni citer benar ok
**title p0m panas ayt mstla pedas cketkan?HAHA. ade yg xsuke?sape sruh BACA. wuttt~wutt! wuhuu~
Tuesday, January 18, 2011
APABILA..
1. Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat,ingatlah.. kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi
2. Apabila hidup dselubungi kegelapan,semuanya silap ,carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya
3. Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil
4. Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya..
5. Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa
6. Apabila hidup ini dirasakn seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya..
7. Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup
8. Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar
9. Apabila miskin dan papa,kita terperangkap dalam kesempitan,ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya..
10. Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa
11. Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,serahkan dirimu kepada Dia..satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata.
12. Apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan,ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!
petua mencari lelaki yang baik?
1. Yang berkemampuan.
2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.
Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.Begitu juga isteri yang baik.Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan.Kerana ada ketika suami2 ini terlalai.
4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga.
Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.
5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah.Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.
6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.
Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.
7. Mudah memaafkan.
8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik.
Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.
lelaki..'dulu dan kini"
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila Disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Jahiliah.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga dan melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita.
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya.
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurian mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.
Kembalilah lelakiku,
pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul,
Aku… titik kilau di antara belantara angkara
Aku… titik kilau yang menangis, menjerit di tengah dunia maya…
Oh Rabbi… dimana aku kini? Kemana harus ku berlari?
Aku tertawan di rimba raya, hitam kelamnya bumi…
Saat ku tatap hamparan ini, ku bertanya dalam hati…
Mengapa ada arus sungai pilu, mengapa ada jeritan bagai sembilu…
Sungguh aku kesal ya Rabb… Aku kesal atas perbuatan ku kini…
Namun… yang pasti tiada sesiapa yang sudi memaafi diri ku ini…
Dan si lelaki… hanya tahu menyanyi…
Mendendangkan lagu yang mengguris luka di hati…
Sedangkan dia yang telah membawa ku ke lembah maksiat yang sangat menyakiti…
Kerana dia tahu betapa lemahnya diri seorang wanita seperti aku ini…
Nukilan Novel Syabab Musafir Kasih
BUNGA yang indah :)
Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah," maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia.
Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.
Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.
Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya, harumnya tiada.
Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah (sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.
Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:
Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan." (Surah An-Nahl: 53)
Sunday, January 16, 2011
cenyumm :)
Subscribe to:
Posts (Atom)