Tuesday, December 4, 2012

....

Andai ia menolak lamaran mu, jangan sesekali MEMFITNAH ia walau pelbagai cara sekali pun untuk menerima lamaran mu, ketahuilah ALLAH sentiasa bersama dengan hamba2 NYA yang BENAR. Bila diuji, bersabarlah wahai hati. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya. Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga. Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian. Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini. syukur Alhamdulilah! (:

Monday, November 19, 2012

sujudku.

Sujudku menguatkan aku. Kerana kutahu setiap kali dahiku menyentuh sejadah, Allah mendengar setiap rintihan hatiku. Allah mengerti pedih di kalbuku. Allah juga tahu bahawa aku masih punya kekuatan untuk bangkit dan meneruskan langkah. Ya Rabb.. Inginku berteleku panjang dalam sujud ini.. Inginku luahkan segala rasa yang berlagu di pelusuk hati, hanya kepada-Mu Tuhan pemilik segala sanubari.. Please don’t expect me to always be good and kind and loving. There are times when I will be cold and thoughtless and hard to understand.

Sunday, November 18, 2012

Cinta High class? (:

Cintamu mendaulatkan Allah nombor SATU, Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu, Cintamu bermujahadah menahan nafsu. “Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi). ‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’

Thursday, October 4, 2012

Seorang Ibu.. sepanjang hidupnya, perhatian dan kasih sayang kepada anaknya tidak pernah luntur dek panasnya mentari, tidak membeku dek dinginnnya salju, tidak pernah lenyap dek kelamnya malam tanpa berbintang, dan tidak pernah pula kering pada kesusahan waktu kemarau. Kasihnya membawa ke syurga :) *really miss my mother today! Oh Allah, how I miss her very much! Please take care of her. And please let me make her happy and make her smile everytime she think of me. I love you, Ma ♥ :')

Sunday, September 30, 2012

dont stop

Jalan ini sumpah memang panjang. Terkadang terasa sejuk membeku. Juga terasa sendiri diseketika waktu. Tapi waktu terus berjalan. Jarum jam tidak berhenti berputar. Siang dan malam juga patuh pada aturan. Maka kau juga harus tegar, kawan. Jangan pernah berhenti untuk bertahan. Jangan pernah berhenti untuk bertahan...

Tuesday, September 25, 2012

2 tahun lagi. InshaAllah :)

Meneguh pendirian. Memasak azam. Menjejak impian! Kerana-Mu, wahai Tuhanku. Aku berusaha tersenyum atas aturan-Mu, asbab kesilapanku yang telah dan sedang mencuitku. everything is possible.

Sunday, September 9, 2012

:'3

You can't bring back the past. It's gone. All you can do is let go, move on, and make better memories for the future :)

Monday, July 2, 2012

je taime

Allah, teach me to love others like I love myself. Teach me to judge myself like I judge others. And if I have wronged anyone, give me the courage to apologize. And if anyone wronged me, give me the courage to forgive. Aameen T_T

Wednesday, May 30, 2012

bagaikan melawan arus dunia.

bismillahirrahmannirrahim. Melawan arus dunia. Ada berani? Ketika ada manusia yang mempertahankan dan menyampaikan ajaran Islam, masyarakat pula tegar mengikut gaya hidup barat. Tidak cukup mengikut, masyarakat jadi bangga. Sebut sahaja orang putih, ada manusia yang akan teruja. Sungguh, pemikiran yang masih dijajah. Tetapi apabila disebut orang Islam atau orang Arab, ekpresi pula menonjolkan kesinisan. Yang terbayang, orang-orang kolot cuma! Ketika anda sendiri cuba beramal dengan ajaran Islam, ada waktu, anda diketepikan. Anda diejek, dihina dan dipulaukan. Ketika anda berbicara mengenai sesuatu lalu menyentuh sedikit mengenai Al-Quran dan Hadis, ada manusia yang membuang muka dan memekakkan telinga lalu meninggalkan anda tanpa menoleh lagi! Sungguh tidak mudah melawan arus. Usia Remaja Untuk Bersuka Ria Ketika masih remaja inilah ALLAh berikan kekuatan kudrat dan kesegaran akal fikiran. Masa inilah untuk bersuka-ria. Masa inilah untuk melihat segalanya. Dan masa inilah untuk merasai semua. Saya pernah mendengar seseorang berkata, “Masa remaja nilah kita kena rasa semua. Pasal agama jangan fikir dulu, yang penting kita jangan keluar Islam sudah!” Saya percaya dan saya buat bahawa masa remaja inilah untuk bersuka-ria. Mencuba perkara yang ingin saya cuba dan menjelajah ke mana yang mampu dijelajah. Tapi untuk tidak beramal dengan agama, saya langsung tidak setuju. Manusia yang hidup tanpa agama, maka tiada erti! Bahagian Dunia Yang Menyentuh Jiwa Remaja Dulu, saya akui, adakalanya jiwa saya sedikit tercuit melihat telatah remaja yang kelihatan hidup mereka langsung tiada masalah. Sentiasa ketawa. Sentiasa bergembira bersama rakan sebaya. MashaAllah. Saya rasa hidup berada di dunia mereka mesti rasa lapang! Namun seiring dengan perjalan waktu, saya mendapat tahu sesuatu. Rupanya ramai diantara mereka yang jiwanya sangat-sangat sesak! Berbual-bual mendekati mereka, dengan cara itu saya cuba bersoal jawab soal kehidupan dengan mereka. Ada yang jiwa sangat kacau. Ada yang bermasalah dengan keluarga. Ada yang tidak tahu apa sebenarnya tujuan hidupnya. Malah ada yang mengaku hidupnya seolah-olah untuk orang lain atau dalam erti kata lain, bertuhankan manusia! Kegembiraan mereka itu, hanyalah rekaan sebenarnya. Rekaan! Mendengar setiap kisah mereka, menggamit sedih dihati. Betullah, jauh dari agama bermakna menjadi mayat hidup! Sama Tapi Tidak Serupa Dalam dunia remaja, saya kira terbahagi kepada dua : (1) Remaja yang merupakan anak-anak akhirat. Mereka ini berusaha untuk dekat kepada agama meskipun ada diantaranya seolah-olah diketepikan dunia. Mereka berusaha mencuba mengamalkan apa yang agama ajar meskipun kadang kala mesti berhadapan dengan sedikit ancaman. Mereka cuba mengamalkan sunnah meskipun dihina dan diejek sebagai orang yang jumud, ketinggalan zaman. Mereka tegar mahu berada dalam lingkaran agama kerana disitulah ketenangan mereka. Mereka melawan nafsu dunia angkara syaitan yang kadang kala mengusik jiwa dan mengajak kepada keburukan. Adakalanya mereka sampai tertangis-tangis kerana akal berdasarkan keimanan berlawan dengan ajakan syaitan yang direjam! Mereka belajar mengikhlaskan diri mengasihi manusia tanpa ikatan darah.; memaniskan wajah dan melatih meramahkan diri sendiri meskipun kadang kala dipandang sinis. Menghulurkan salam persaudaraan meskipun huluran itu tidak disambut. Kerana mereka tahu, ikatan yang kuat berdasarkan akidah jauh lebih penting dan mahal berbanding ikatan kekeluargaan yang tidak punya akidah yang sama. Mereka tenang bersama alQuran dan asSunnah walaupun sering kali dituduh sebagai orang yang menunjuk-nunjuk, bajet alim, bajet baik, bajet malaikat. Apabila dilayan dengan kesakitan, mereka memujuk diri dan membalas kejahatan orang dengan senyuman dan kesabaran. Melihat itu, kadang kala penduduk dunia menjadi semakin benci dan semakin menyakiti! Cuba menyampaikan sesuatu yang mereka tahu dari agama, mahu berkongsi ilmu dengan orang lain kerana tidak mahu tahu seorang-seorang agar saudara seagama juga mendapat faedahnya. Harapan semoga sudi berkongsi juga menegur seandainya ada salah, tetapi sebaliknya, tuduhan angkuh dan berlagak digelarkan kepada mereka. Mereka cuba tegar meskipun dunia memulaukan mereka. Mereka, anak-anak akhirat! (2) Remaja yang merupakan mangsa tipu daya dunia. Mereka ini mengikut arus perubahan dan peredaran zaman. Jika berubah kepada A, maka mereka menjadi A. Jika berubah kepada B sehinggalah Z, maka mereka menurut tanpa banyak bicara. Kerana mereka rasa, dunia ada bersama mereka. Tiada kegusaran dan kesepian! Mereka yang membina panduan hidup berdasarkan nafsu dan akal yang tidak dipandu dengan keimanan. Seterusnya menjadi tuhan kepada diri sendiri kerana bagi mereka itu adalah kebebasan. Mereka yang menjauhkan diri dari agama kerana menganggap agama itu hanyalah bagi orang-orang yang ketinggalan zaman dan orang yang mundur ke belakang. Tanpa mereka sedari, bahawa mereka sebenarnya adalah orang yang kembali kepada zaman beratus-ratus tahun yang terdahulu dimana ALLAh Ta’ala sendiri mencatat peristiwa yang merakamkan kebinasaan di dalam alQuran. Yang tidak getar hatinya apabila diberi peringatan kerana menganggap peringatan demi peringatan itu hanyalah omong kosong dan membosankan serta boleh membuat telinga berdarah! Mereka yang menganggap alunan suci alQuran itu hanyalah sebuah alunan bagi orang-orang yang membosankan. Tidak seperti mereka yang lebih suka mendengar alunan hasil ciptaan manusia yang kadang kala tanpa sedar memuja syaitan. Mereka lebih bahagia melalak daripada berzikir dengan tenang. Mereka, anak-anak dunia. Yang tidak mahu berada dalam lingkaran agama Islam! Sungguh besar perbezaan yang ada. Melawan Arus Atau Hanyut Bersama Arus Sejujurnya, anda yang merasakan anda bahagia bersama Ilahi, cuma ada dua pilihan; 1 – Terus menentang arus dunia dan mengubah arusnya. 2 – Kalah dalam penentangan. Sebaliknya, mengikut arus yang deras sehingga lemas. Anda mahu yang mana? Jujur saya katakan, anak-anak dunia memerlukan anda. Ya, mereka memerlukan anda yang merupakan anak-anak akhirat untuk menghulurkan tangan kepada mereka dalam arus deras yang ada! Sebetulnya, ada dikalangan mereka yang tidak tahu pun mereka sebenarnya sedang lemas dan memerlukan pertolongan. Mengasihi mereka, ada cinta ALLAh Ta’ala sedang bersama! “Seseorang itu tidak beriman sehinggalah dia mengasihi terhadap saudaranya seperti mana dia kasih terhadap dirinya sendiri.” – HR. Bukhari dan Muslim Dunia ini, hanyalah tempat persinggahan dan seperti sebuah permainan. “Ketahuilah, bahwa sesungguh nya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara karnu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhrat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan belaka.” – Surah Al-Hadîd : 20 Pun begitu, jangan sesekali menjadi penghukum kepada manusia lain! Tugas manusia hanyalah pengamal dan penyampai. Titik. Sekiranya manusia lain masih mahu menolak, maka bertawakallah kepada ALLAh Ta’ala. Pssst! Kita semua bersaudara, kan? Semoga bertemu dalam doa yang menginginkan kesejahteraan bagi saudaranya yang lain. ALLAh jualah yang berhak dan berkuasa atas tiap-tiap sesuatu kejadiannya! Wallahu’alam. Semoga ALLAh merahmati.

Thursday, March 29, 2012

terjatuh dan terjatuh lagi.


Dosa yang diulangi berkali-kali, terasa sakitnya menyuntik hati.
Feeling bad for sinning is a good thing.
But losing hope in improving after sinning is,

certainly not!

Thursday, March 22, 2012

Ukhuwah yg mekar berbunga :)


Perkenalan sekejap cuma tapi disertai dengan keikhlasan kerana ALLAh SWT, inshaALLAh akan berasa sudah lama saling mengenali dan saling menyayangi. Itu adalah resepi rahsia terbuka kepada sebuah ukhuwah. Tapi, jangan terlalu gembira dan merasa bahagia.

Ingat-ingat selalu. Syaitan tidak senang duduk apabila melihat dua orang Muslim itu menjalinkan ukhuwah kerana ALLAh. Kerana, dengan ukhuwah yang kuat, akan tercipta sebuah cetusan yang besar!

Sahabat yang baik akan cuba untuk menerima diri sahabatnya dengan seadanya. Sahabat yang baik akan cuba untuk menyukai apa yang sahabatnya suka selagi tidak salah di sisi Islam. Sahabat yang baik akan selalu tersenyum apabila menemui sahabatnya. Sahabat yang baik akan sentiasa menjaga hati sahabatnya. Sahabat yang baik akan sentiasa bersangka baik dalam apa jua keadaan, kerana bersangka baik kepada sahabat itu adalah tingkat yang paling rendah dalam hubungan persahabatan dan tingkat yang paling tinggi adalah melebihkan sahabatnya dalam apa jua keadaan. Dan sahabat yang sangat baik adalah sahabat yang tidak melupakan sahabatnya di dalam doanya kepada Rabbul ‘Izzati. Sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabatnya di dunia dan akhirat.

Saya, kalau masuk syurga, saya akan tarik tangan kawan saya walau apapun yang terjadi. Saya, kalau ditakdirkan ALLAH dengan sifat Pengasih-Nya dimasukkan ke neraka, saya takkan menyentuh tangan sahabat saya hatta memandangnya pun saya tidak akan. Kerana saya tahu, sahabat saya akan sedih melihat saya.

Menuturkan ayat ingin berjumpa dengan sahabat-sahabat saya di akhirat kelak, akan membuatkan hati saya menjadi sangat-sangat sebak. Apakah mungkin saya dan mereka bisa ketemu? Ingin menjadi jiran mereka di syurga. Apakah saya mampu?

Mekarnya ukhuwah sesama manusia itu adalah mekarnya dan berbunganya ukhuwah dan kasih-sayang yang kita serahkan kepada ALLAh. Jika hubungan dengan ALLAh sudah retak, apakah hubungan sesama manusia akan menjadi sangat manis? Adakalanya, ALLAh mungkin datangkan dugaan kepada sebuah persahabatan untuk melihat sejauh mana ukhuwah yang dimaksudkan kerana ALLAh.

Dalam ujian itu, ada yang berjaya. Tidak kurang juga yang kecundang. Dan saya, tidak mahu menjadi golongan yang kecundang dalam persahabatan.

Thursday, February 16, 2012

DIA


Everyday I get closer to our Meeting,
I've tried as long as I can.

I feel like I’ve been walking this path,
for a thousand years towards You

And yet I’m still not there.
So close, and yet so far still.

oh Allah..

Tuesday, February 7, 2012

The past cannot be changed. The future is yet in your power ! - Mary Pickford -


" Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi "
*Forget what has hurt you, but never forget what it has taught you :')

Thursday, February 2, 2012

WORDS.



Nobody can touch "words" but words can touch everybody. We are the masters of our unspoken words & a slave of our spoken words :)