Tuesday, January 29, 2013

The power of.....

Sebagai manusia biasa, kita tak akan terlepas daripada berfikir akan tujuan sebenar kita dihidupkan didunia.ada yang beranggapan kita hidup adalah kerana perjuangan, perjuangan untuk sebuah kebebasan, untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dan adil.dan aku tidak terlepas dari itu. Dan ideologi setiap dari kita adalah sangat berbeda dan jauh berbeda, kerana itulah wujudnya berbagai kumpulan yang memperjuangankan hak yang berlainan dan yang membedakan asas kepada perjuangan itu adalah teras perjuangan.adakah ia di teraskan oleh sesuatu hak yang batil atau sekadar memenuhi kehendak manusia.jika memenuhi hak manusia, kita sebenarnya tersesat jauh dari perjuangan sebenar. manusia seperti kita akan terus membentuk sesebuah perjuangan, dari perjuangan untuk diri sendiri kepada lah perjuangan membebaskan bangsa dari penindasan. Hak kepada sebuah perjuangan adalah apabila jiwa kita terasa ditindas, maka terbentuklah perjuangan membebaskan jiwa dan naluri dari segala macam penjajahan.Oleh itu wujudlah perjuangan menuntut sebuah negara merdeka. Namun, sedar atau tidak, kita masih jauh lagi dari kebebasan yang sebenar, apakah itu kebebasan sebenar, iaitu kebebasan untuk berfikir dan mencari jati diri yang sebenar. kita setiap hari dihadapkan dengan bermacam budaya yang menyesatkan, katanya itulah kehidupan yang sebenar, tanpa kita diberi peluang untuk berfikir akan kehendak naluri.itulah manusia dan kita masih lemah, walaupun sebagai anak merdeka. Aku, sebenarnya lama berfikir akan kehendak naluri aku, apa sebenarnya yang aku kejarkan didunia yang penuh dalam kealpaan. dan sehingga saat ini, aku masih jauh dari realiti. sebenarnya apa yang kita cari.Suatu masa, aku terus dihanyutkan oleh cinta yang aku kejar, yang akhirnya membawa padah kepada diri aku sendiri, itu bukan perjuangan yang sebenar. dan aku semakin sedar. Seterusnya, perjuangan yang bakal ditempuh adalah perjuangan memperbaiki diri, dan aku rasa ini lah perjuangan yang sangat hampir kepada perjuangan sebenar, Dan kesempurnaan yang paling besar dalam sebuah perjuangan itu adalah asas nya.Jika betul asasnya, maka perjuangan kita tidak akan tersilap dan tersasar. Dan bagaimana kita boleh menentukan kebenaran sebuah perjuangan? iaitu dengan kuasa berfikir. Aku mahu berlari, ke arah sesuatu yang pasti dan tidak kabur, biarpun jalan yang bakal ditempuh jauh lebih perit dari semalam kerana, perjuangan yang sebenar itu lah yang membawa erti kepada hidup. Aku boleh menulis sebarang yang aku fikir, dengan kuasa berfikir, tapi aku tidak akan mampu untuk menjejak kaki ke arah perjuangan sebenar, kerana tanpa izinNya, kita masih lagi manusia yang lemah.