Tuesday, March 12, 2013

Ja.....

Jalan ini sumpah memang panjang. Terkadang terasa sejuk membeku. Juga terasa sendiri diseketika waktu. Tapi waktu terus berjalan. Jarum jam tidak berhenti berputar. Siang dan malam juga patuh pada aturan. Maka kau juga harus tegar, kawan. Jangan pernah berhenti untuk bertahan. Jangan pernah berhenti untuk bertahan...

Sunday, March 3, 2013

Rinduuu.

Tiba-tiba, rindu semasa berada di bangku sekolah dulu, rindu udara dan aroma surau yang tersendiri itu, kerana di sana hati bertaut rindu-merindu. Tiba-tiba, terkenang karenah bersama kawan-kawan, meniti perubahan demi perubahan setia bersama, tarik menarik untuk menjadikan seseorang imam, juga tolak menolak untuk tidak mahu menjadi imam. Bukan tidak mahu kebaikan -- tapi kerana tahu tugas imam bukan mudah untuk dilaksanakan. Tiba-tiba, terimbau kenangan duduk santai bersama, bentuknya bulat saling melihat wajah sesama, saling berkongsi rasa meluah bimbang. Oh zaman sekolah :)

Friday, March 1, 2013

nyum3

Rasulullah SAW, kalau tidak suka dengan sesuatu makanan, Rasulullah tetap menghormati rezeki di hadapan Baginda dengan tidak mengatakan bahawa, "makanan ni tidak sedap sebab tawar", "makanan ni masin", "makanan ni sangat buruk rasanya!". Tidak. Akhlak Baginda pada makanan bukan begitu. Dan saya selalu terpukul dengan akhlak Baginda bila saya 'komplen' tentang makanan yang saya beli, yang tidak menepati rasa lidah. Fattabio'uni; lepas ni kena lebih didik diri :)