Thursday, May 30, 2013

Fasobrun jamil

Berurusan di dunia, adakalanya melibatkan dengan ragam manusia yang pelbagai. kadang-kadang tu, Allah uji kesabaran kita hingga pada satu ketika, kita sebenarnya berupaya membalas perbuatan orang lebih dari apa yang dia buat pada diri kita. Tapi, kalau kita buat benda yang jahat kat orang. Apa beza kita dan orang tu? Bukankah akan jadi sama sahaja sekiranya begitu. Maka bagi mereka pencinta kesabaran atas hak kebenaran, ayat ini sungguh-sungguh meninggalkan kesan. Terasa seolah-olah Allah sedang memujuk lembut. Lagi lembut dari pujukan seorang ibu yang menenangkan anaknya.. "Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah." - al Mudatssir : 7

No comments:

Post a Comment